Gen Syi'ah - Apakah peranandan tanggungjawab pengikut syi’ah pada masa kini? Dan adakah kita mendakwa sebagai pengikut Syi’ah Imam al-Mahdi as?
Jika kita mengkaji kehidupan pengikut syi’ah Imam-imam yang suci AS sebelum Imam Kedua Belas, dan menyaksikan pengorbanan mereka tanpa keraguan, kita maka akan menyadari bahawa kita masih tergolong dari orangorang yang lalai dan lemah.
Tidakkah Salman al-Farisi, Abu Dharr al-Ghifari, ‘Ammar ibn Yasir dan Malik al- Ashtar menjadi syi’ah Imam Ali Amirul Mu’minin AS dan adakah kita juga tergolong kepada pengikut syi’ah Imam Zaman AS? Tidakkah Maytham al-Tammar, yang tidak henti-henti memuji Ali, Amirul Mu’minin, merupakan seorang syi’ah Imam Ali AS, dan kita juga yang melalui Imam Zaman AS, merupakan syi’ah Imam Mahdi AS? Tidakkah para syuhuda’ Karbala’, yang dengan cinta yang kuat berjihad mempertahankan Imam, yang ketika itu, Husayn AS, dan mereka mati syahid, bukankan para syi’ah Imam Husayn AS, dan kita, yang keberatan memberikan harta benda, kehidupan dan lain-lain perkara di jalan Imam pada zaman kita , adalah pengikut syi’ah Imam Mahdi AS? Adakah peribadi seperti Hisham ibn Hakam, yang mempunyai kemampuan yang luar biasa telah menghancurkan hujah-hujah musuh-musuh Imamah sehingga beliau digelar,”Penolong Imam” oleh Imam al-Sadiq AS, merupakan seorang Syi’ah? Dan adakah kita juga, yang bermalas-malas menunaikan kewajiban kita untuk mengenali Imam pada zaman ini, merupakan pengikut syi’ah?
Pelajari tentang berita gembira dalam Qur’an dan hadith-hadith Nabi Saw dan para Imam AS, bahwa Imam Zaman AS mempunyai tanggung jawab yang khusus yang tidak dilaksanakan oleh Imam sebelumnya. Imam Zaman AS akan mendirikan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini. Beliau akan memenuhi bumi ini dengan kebenaran dan keadilan.
Beliau akan menggunakan sumber-sumber bumi dan alam sekitar kita ini. Beliau akan memperbaiki dan membangunkan bumi ini, dan dengan cara ini kesedaran dan kefahaman umat akan meningkat.(1)
Justeru, tidakkah para pengikut syi’ah Imam Mahdi AS mempunyai tugas dan tanggungjawab yang khusus juga? Tidakkah pengikut syi’ah berusaha untuk mencapai kelayakan dan satu piawai untuk menjadi para sahabat Imam Mahdi AS apabila beliau muncul kelak dengan kehendak Ilahi? Maka, marilah kita meneliti tugas dan tanggungjawab kita, dan bagaimanakah kita akan memenuhinya. Tidak ragu-ragu lagi, tugas pertama kita ialah menyakini kehadirannya.
Mengenal Imam Zaman AS amatlah penting dan asas seperti mana yang dinyatakan dalam hadith Nabi SAWAW:
“Barang siapa yang mati, tetapi tidak mengenal Imam Zamannya maka, mati ia dalam keadaan jahiliyyah.”(2)
Mati dalam keadaan jahiliyyah bermakna mati dalam keadaan sesat dari daripada agama Islam dan menyeleweng dari keimanan. Dan amatlah nyata orang yang mati tanpa mengenal Imam zamannya keimanannya tidak dikira. Dalam riwayat yang lain, Imam Muhammad al-Baqir AS dipetik berkata: “Seseorang yang mati tanpa mempunyai Imam, maka mati ia dalam keadaan jahiliyyah, dan orang ramai tidak dikecualikan sehingga mereka mengenal Imam mereka.”
Maka dari itu, berusahalah mengenal Imam Zaman AS demi keimanan dan keislaman kita, dan supaya kita akan diiktiraf di kalangan orang-orang yang memperolehi keselamatan dan di kalangan orang-orang yang beriman. Tugas lain para syi’ah pada zaman Ghaibah Kubra, yang telah diterangkan oleh Imam AS ialah bersiap sedia menunggu kedatangan Penyelamat, maka langkah pertama untuk menjamin keselamatan adalah mengenal Imam zamannya; dan langkah kedua adalah bersiap sedia untuk mendirikan Daulah Yang Adil oleh Imam Mahdi AS.
Sesiapa yang menunggu (muntazir) dan menyiapkan dirinya menanti kedatangan Imam AS hendaklah mempunyai peribadi dan kelayakan menjadi para sahabat Imam al-Mahdi AS dan sanggup mengorbankan diri dan harta benda di jalannya. Berdasarkan dalil ini, Imam as-Sadiq AS berkata:
“Barang siapa yang menanti perintah kami adalah umpama orang yang berkorban darahnya di jalan Allah.”(3)
Memang benar, barang siapa yang benar-benar bersedia menanti kedatangan Imamul ‘Asr umpama mati syahid di jalan Allah. Dalam riwayat yang lain, Imam yang sama menyatakan kepada sebilangan pengikutnya tentang peribadi yang merupakan Imam Zaman AS: “Barang siapa yang mati ketika menanti kerajaan al-Qaim adalah umpama orang yang berada pada zaman kehadiran al-Qaim (Imam Mahdi AS).” Kemudian beliau AS menambah: “Tetapi dia umpama orang yang ditetak dengan pedang ketika bersamanya.” Kemudian, beliau AS menjelaskan lebih lanjut: “Demi Allah! Dia adalah umpama orang yang mati syahid ketika hadir bersama Rasulullah SAWAW.”(4)
Adakah kita dianggap di kalangan orang-orang yang menanti kehadiran Imam Mahdi AS? Tidakkah kita sekurang-kurangnya menanti Wali Allah yang telah dijanjikanNya seperti mana penantian kita kepada kepulangan orang yang tersayang daripada sesuatu perjalanan?
Dalam hadith yang lain, Imam Sadiq AS meriwayatkan kelayakan-kelayakan para sahabat Imam al-Mahdi AS:
“Jika seseorang ingin menjadi salah seorang sahabat al-Qaim, maka beliau hendaklah menanti kehadirannya dan hendaklah ia beramal dengan warak dan akhlak yang baik. Maka jika ia mati dan al-Qaim hadir selepas kematiannya, ia mendapat balasan umpama orang yang mengikutinya. Maka beramallah dengan bersungguh-sungguh dan tunggulah, bahawa usaha dan penantian itu akan memberikan kamu nikmat, wahai orang yang telah mendapat keselamatan.”(5) Maka orang yang sedang menanti kehadiran dan tidak henti daripada usaha yang baik hendaklah berusaha untuk mencapai kedudukan yang akan membawa rahmat Allah SWT.
Maka kita hendaklah berdoa kepada Allah semoga kita termasuk orang-orang yang sedang menanti kehadiran Imam Zaman AS dan amalan kita menjadi suatu tanda kebenaran dakwaan kita itu. Pertama, kita hendaklah menyiapkan diri kita dengan rasa cinta kepada Imam Mahdi AS, dan kemudian kita hendaklah mengajak orang-orang lain ke jalannya, juga para musuh-musuhnya. Kita hendaklah mencapai tahap keperibadian para sahabat Imam Mahdi AS dan hendaklah sentiasa dalam keadaan mengharapkan kemunculannya. Seorang Syi’ah hendaklah mempunyai rasa cinta yang kukuh dengan Imam Mahdi AS pada ketika Ghaibanya, serta hati dan jiwa mereka hendaklah dipenuhi dengan cinta kepadanya.
Catatan Kaki:
1. Muntakhbu l-Athar, oleh Lutfullah Safi Gulpayagani
2. Ilzam an-Nasib fi ithbat al-Hujjah al-Ghaib, oleh as-Shaykh Ali al-Yazdi al-Hairi, hlm. 5
3. Kamalud-din, oleh as-Shaykh as-Saduq, hlm. 336.
4. Bihar l-Anwar, oleh al-Allamah al-Majlisi, Juz, III, hlm. 126
0 komentar: