Syi'ah menghormati sahabat-sahabat Muhammad SAWA yang diuji dengan ujian yang
baik di dalam membantu agama Islam, yang berjuang dengan jiwa raga dan harta
mereka.
Sesungguhnya doa yang dibaca oleh Syi'ah untuk sahabat-sahabat Muhammad
SAWA adalah bukti yang nyataa menunjukkan penghormatan dan kasih sayang mereka
yang ikhlas.
Ya! Sesungguhnya Syi'ah berdoa kepada Allah untuk pengikut-pengikut para
rasul secara umum dan sahabat-sahabat Muhammad SAWA secara khusus mengikut apa
yang mereka warisi daripada imam-imam mereka yang al-Tahirin. Di antara doa
yang paling masyhur ialah doa Imam Ali Zainal al-Abidin AS sebagaimana tertulis
di dalam Sahifah[1]nya yang dikenali dengan Zabur Muhammad:
Artinya:"....Wahai Tuhanku cucurilah rahmatmu ke atas sahabat-sahabat
Muhammad secara khusus, yang baik persahabatannya, yang telah diuji dengan
ujian yang baik di dalam pertolongannya. Dan yang telah membantunya. Dan
bersegera untuk menyambutkan, berlumba-lumba kepada seruannya.Dan yang menyahut
seruannya sebaik sahaja dia memperdengarkan mereka hujah perutusannya. Dan yang
telah ditinggalkan oleh suku keluarga kerana mereka berpegang dengan ikatannya,
sehingga terlepas daripada mereka hak kerabat, kerana mereka berada di bayangan
kekerabatannya (Muhammad SAWA).
Wahai Tuhanku! Mereka tidak tinggal apa lagi untukMu dan padaMu, REDHAILAH
mereka kerana KEREDHAANMU dan dengan apa yang mereka telah mempertahankan
kebenaran ke atasMu. Mereka melakukan semua itu adalah untukMu dan kepadaMu.
Dan aku berterima kasih kepada mereka kerana penghijrahan rumahtangga mereka
kepadaMu dan keluarnya mereka daripada kesenangan hidup kepada
kesusahannya...."
Mereka itu adalah sahabat-sahabat Muhammad SAWA yang dihormati oleh Syi'ah.
Keluarga Muhammad SAWA terhutang budi kepada mereka. Mereka mengambil
pengajaran Islam daripada sumber yang betul datangnya dari mereka (Ahlul Bayt).
Tetapi permainan politik dan api permusuhan di kalangan puak-puak telah
melahirkan banyak permasalahan di masa lalu, di mana puak-puak tertentu bangkit
untuk menyibarkan fitnah kerana cintakan kuasa dan tamak kepada pengaruh secara
devide and rule (pecah dan perintah).
Ringkasnya zaman permainan politik sedemikian rupa, tidak begitu ketara
lagi. Kerana kita sekarang berada di zaman kebebasan pemikiran dan kemajuan.
Adakah wajar bagi kita meneruskan kefanatikan tersebut? Dan bergembira dengan
rancak kepuakan? Sedangkan kita jauh dari kenyataan dengan mengabaikan
tanggungjawab kita bersama untuk menentang musuh-musuh Islam. Mereka
menghalakan kepada kita segala bentuk pemikiran dan prinsip yang rosak.
Alangkah baiknya kata-kata kesat tanpa kebenaran yang digunakan oleh
orang-orang yang lemah akal dan mempunyai pandangan yang sempit Ahl al-Jumud
dikikiskan terutamanya apabila mereka menulis tentang Syi'ah. Tidakkah ianya
suatu kebenaran jika mereka mengkaji dakwaan mereka dengan teliti?
Sesungguhnya menuduh Syi'ah mencaci sahabat dan mengkafirkan mereka secara
umum adalah tuduhan yang palsu, patuh kepada asabiyyah kepuakan yang berasaskan
waham dan kebatilan.
Catatan Kaki:
1. Ali Zainal al-Abidin AS, Sahifah Sajaddiyyah, dikeluarkan oleh Husayniyyah Irsyad, Tehran, 1968, hlm.445.
0 komentar: